welcome to my blog


Jumaat, 9 Disember 2011

fahamlah apa itu cinta !

jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. janganlah kamu melepaskannya kembali ke sungai kerana ia akan menderita kesakutan disebabkan oleh kecederaan akibat mata kail itu. mungkin dia akan menderita seumur hidupnya.

jika seseorang menyayangi kamu setelah kamu memberikan pengharapan kepadanya, maka jagalah hatinya. janganlah kamu meninggalkannya kerana kelak dia akan terluka dek kenangan yang kamu tinggalkan dan tak mungkin dia dapat melupakannya dengan mudah.

jika kamu memiliki seseorang, maka terimalah dirinya seadanya. janganlah kamu mengagungkannya kerana dia hanya manusia biasa. lalu apabila dia melakukan kesilapan, kamu tidak akan mudah menerimanya kembali. oleh itu, ala kadar saja dalam menerima dirinya.

diumpamakan kamu memiliki sepinggan nasi yang cukup untuk mengenyangkan dirimu. mengapa kamu berlengah dan mencari makanan yang lain sehingga membiarkan nasi itu menjadi basi lalu terpaksa dibuang? kelak, kamu akan menyesal dengan perbuatanmu itu. begitulah juga andai kamu bertemu dengan seorang insan. janganlah kamu cuba membandingkannya dengan yang lain kerana dia juga mampu membawa kebaikan kepada kamu.

terlalu mengejar kesempurnaan akan menyebabkan kamu kehilangan seseorang apabila akhirnya dia menjadi milik orang lain...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan